Pelayaran Sungai Bakau Cherating - Pahang

Asal Pahang je mesti ingat dengan Genting Highlands kan? 😅 

Kalau dah pernah naik ke puncak Genting Highlands, dah bolehlah pulak turun ke sungai menaiki bot untuk melihat kecantikan alam & hidupan liar. 

Hutan paya bakau adalah habitat unik dimana air tawar dan air masin bertemu lalu menciptakan persekitaran yang unik untuk pelbagai spesis hidupan liar.

Melalui pelayaran ini korang dapat menyaksikan pelbagai jenis burung seperti bangau, rajawali dan burung camar yang mencari makanan disekitar kawasan ini.

Selain itu, reptilia seperti biawak dan ular juga sebahagian daripada penghuni sungai bakau.

Aktiviti naik bot di Pahang

Pemandu pelayaran yang mahir akan berkongsi maklumat mendalam tentang ekosistem hutan bakau, memberikan peluang kepada pengunjung untuk memahami kepentingan alam sekitar dan keunikan flora serta fauna yang hanya dapat dijumpai di kawasan ini.

Pelayaran Sungai Bakau Cherating adalah satu pengalaman yang sangat edukatif, terutamanya untuk keluarga dan pelajar.

Nota Penting untuk korang yang nak ke sini:

  • Minimum 2 orang untuk setiap tempahan
  • PERCUMA untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah
  • Jaket Keselamatan ada disediakan
  • Tidak ada pelayaran pada hari Isnin

Jom kita layan video pulak - 





Pelayaran Sungai Bakau Cherating pastinya bakal menjadi pengalaman yang mengasyikkan dan bermakna bagi sesiapa yang ingin menerokai keunikan alam semulajadi negeri Pahang.

Dengan menyertai pelayaran ini, korang bukan saja dapat menikmati keindahan alam tetapi juga memahami kepentingan untuk menjaga dan melestarikan ekosistem hutan bakau yang unik ini.

Jadi, jika korang mencari alternatif yang menyegarkan daripada pesisir pantai biasa, Pelayaran Sungai Bakau Cherating adalah pilihan yang sempurna untuk memuaskan rasa ingin tahu korang terhadap keajaiban alam.

👉 Semak Harga Tiket




Peta Sungai Bakau Cherating daripada Google Maps ( 7/1156, Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang)

Klik sini untuk melihat lokasi-lokasi menarik yang lain di Pahang.