G2G Animal Garden (Petting Zoo) - Serdang

Dengan lebih 70 spesis haiwan tempatan dan eksotik, G2G Animal Garden yang terletak di Serdang Selangor ini adalah lokasi yang sangat sesuai untuk bawak family beriadah sambil belajar mengenai hidupan liar.

Dikelilingi suasana hijau, korang juga boleh memberi makan dan juga membelai haiwan-haiwan yang terdapat di sini.

Buka setiap hari kecuali Selasa dari 10pagi sehingga 6petang.

Hujung minggu berserta cuti umum pula jam operasi G2G Animal Garden adalah dari 9:30pagi hingga 6petang.

Harga tiket untuk warganegara adalah RM24 untuk kanak-kanak & warga tua sementara orang dewasa RM29 seorang.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh korang buat kat sini adalah -

CAT HOUSE

Cats House G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
British Shorthair, Munchkin, Persian, Siamese, Bengal adalah antara beberapa spesis kucing yang comel dan gebu yang terdapat di Cat House.


BIRD AVIARY

Bird Aviary G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Pelbagai jenis burung yang terdapat disini dimana anda boleh belai dan beri makan.


RABBIT GARDEN

Rabbit Garden G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Anak anak mesti gembira bila boleh pegang haiwan gebu dan jinak.


REPTILE HOUSE

Reptile House G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Macho +100 abam kita dukung Red Iguana ni

PIGEON HOUSE

Pigeon House G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Pengalaman memegang dan memberi makan burung yang jinak.

TORTOISE GARDEN

Tortoise Garden G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Besar-besar kekura yang ada disini. Agak agak boleh tak kalau nak tunggang?

FISHING BOAT

Fishing Boat G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Ada juga aktiviti memancing ikan di sini, seronok la budak-budak.

KAMPONG PETS

Kampong Pets G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Rindu dengan suasana bermain dengan ayam di kampung, di sini ada juga.

PONY JOYRIDE

Ponny Joy Ride G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Anak-anak pun boleh ambik pengalaman menunggang kuda kecik di sini.


Selain daripada aktiviti-aktiviti & haiwan-haiwan yang di atas, ada banyak lagi spesis hidupan liar yang ada di Petting Zoo ni, antaranya ialah:

  • Llama
  • Angsa
  • Merak
  • Kuda besar / Kuda kecik
  • Capybara
  • Landak
  • Kambing besar / Kambing kecik
  • Keldai
  • Unta
  • Ular
  • Wallabies
  • Tupai
  • Musang
  • Guinea Pig
  • Raccoon
  • Pelican
  • Burung Kasuari
  • Marmoset
  • Buaya
  • Antelop
  • Ferret
  • dan banyak lagi..

Rombongan

Rombongan G2G Animal Garden Petting Zoo Serdang Selangor
Rombongan Qdees

Selain bawak family, pergi beramai-ramai pun sesuai jugak ke sini. Boleh la cadangkan ke guru besar ataupun bos kat tempat kerja tu untuk buat lawatan ke sini. Ada pakej harga menarik untuk lawatan rombongan.





Jom kita layan video YouTube pulak dari Channel Ribenalemonad



Jadi dah bolehlah rancang hujung minggu ni untuk datang melawat G2G. Aktiviti yang sangat-sangat direkomenkan untuk menenangkan jiwa, lari dari kesibukan kota dan ambil pengalaman untuk mendekati haiwan-haiwan yang selalu kita tengok di TV saja.

Lokasi peta G2G Animal Garden di Google Maps: