Kidzania Kuala Lumpur

Kidzania adalah tempat dimana anak-anak kita boleh belajar pelbagai jenis kemahiran hidup dan membina keyakinan diri. Lumrah budak-budak memang suka explore, bermain dan berseronok dengan budak-budak yang lain jadi Kidzania menawarkan fasiliti yang bertaraf dunia, direka khas untuk kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 14 tahun.

Bayangkan Kidzania ni ada "bandar kanak-kanak" yang lengkap dengan segala kemudahan yang membolehkan anak-anak kita ber-imaginasi dan belajar menjadi tukang masak, doktor, bomba dan melakukan tugasan seperti orang dewasa.

Kidzania Kuala Lumpur Mutiara Damansara The Curve

Kidzania ada lebih daripada 60 aktiviti-aktiviti yang menarik, di antaranya adalah:

  • Bilik Kecemasan & Kemalangan
  • Akademi Lakonan
  • Sistem Penghawa Dingin
  • Studio Animasi
  • Makmal Penyelidikan Antibakteria
  • Bengkel Automotif
  • Akademi Aviasi
  • Floris
  • Rider Delivery
  • Kedai Burger
  • Kilang Coklat
  • Memanjat Bangunan
  • Tapak Pembinaan
  • Kilang Biskut
  • Studio Memasak
  • Servis Kurier
  • Klinik Pergigian
  • Syarikat Tenaga Elektrik
  • Pusat Jagaan Mata
  • Pusat Rawatan Muka & Badan
  • Butik Fesyen
  • Balai Bomba
  • dan banyak lagi..

Jom kita tonton video dari channel We Go Travel di YouTube yang membuat lawatan ke Kidzania Kuala Lumpur.




Harga tiket pula adalah seperti berikut:
  • Bayi (Percuma)
  • Kanak-kanak berumur 2-3 tahun RM38 - RM58
  • Kanak-kanak berumur 4-17 tahun RM78 - RM120
  • Dewasa umur 18-100+ tahun RM46 - RM70 (tertakluk kepada 5% cukai hiburan)
Kidzania Kuala Lumpur hanya menjual tiket secara online jadi tidak akan ada penjualan di kaunter pendaftaran Kidzania. Korang kena la beli online dan pembelian tiket yang awal kehadapan akan mendapat harga yang menarik.

👉Semak Harga Tiket Penuh KIDZANIA 




Peta lokasi Kidzania Kuala Lumpur di Google Maps