Kelip-Kelip Taiping

Pengalaman yang unik dan seronok apabila boleh menaiki bot pada waktu malam di sepanjang sungai Hutan Simpan Matang untuk melihat sendiri kelip-kelip (firefly)

Taiping, yang terletak di Perak terkenal dengan kehijauan yang subur, landskap yang tenang dan peluang untuk melihat paparan kelip-kelip yang memukau menyinari malam adalah satu pengalaman yang harus korang alami sendiri.

Taiping Firefly Tour @ Kuala Sepetang Firefly Cruise (semak harga tiket) ada menyediakan perkhidmatan pelayaran bot yang memakan masa lebih kurang 40minit untuk korang menjadi saksi keindahan makhluk ciptaan Tuhan ni.

Waktu pelayaran bot adalah dari 7-11 malam dan pekhidmatan ini dibuka setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti am.

Kelip-kelip di Taiping Perak

Korang akan dibawa menaiki bot dan menyelusuri sungai Hutan Simpan Matang yang tenang, lokasi unik ini dengan sungainya yang bersih dan eko-sistem bakau menjadi habitat yang sangat sesuai untuk kelip-kelip.

Jom layan video - 

Jurumudi bot yang berpengalaman dan berpengetahuan luas akan berkongsi dengan korang selok-belok lokasi dan kepentingan wujudnya kelip-kelip ni untuk keseimbangan ekologi sekaligus kita belajar menghargai kepentingan menjaga habitat ini untuk kelestarian kelip-kelip serta hidupan liar yang lain.

Para fotografer pasti sangat suka pengalaman ini untuk berpeluang mengambil gambar-gambar yang unik dan cantik.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan supaya korang tidak menggunakan flash atau sebarang jenis pencahayaan yang terlampau kerana ini akan mengganggu tingkahlaku semulajadi kelip-kelip.

👉 Lokasi menarik lain di Perak

Korang pencinta alam semulajadi, fotografer tegar ataupun hanya sebagai pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kota, Taiping Firefly Tour ini pasti akan meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan - menikmati suasana berada didalam bot diwaktu malam diterangi oleh tarian kelip-kelip yang mempesonakan.



Peta lokasi untuk ke Kuala Sepetang -